Resepi lepat Cendol



Nama lepat, tapi rupa takde nampak macam lepat kan? hahaha... sebab daun pisang takde nak bungkus. So, guna bekas camni je. Senang nak bawak makan kat opis ^_^.

First time makan lepat cendol ni, kat rumah makcik kt johor. Makcik tempah kt jiran dia. sekali makan memang susah nak berenti. sedap sangat... bungkus dengan daun pisang plak tu... wangi je bau dia.. Tak susah pun nak buat lepat cendol ni. mudah je. Jom layan resepi..

RESEPI LEPAT CENDOL

BAHAN-BAHAN

  • 1 cawan tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung hoen kwe
  • 1 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 helai daun pandan
  • 5 3/4 cawan santan cair ( saya guna santan kotak + air sampai cukup 5 3/4 cawan )
  • 1 bungkus cendol

CARA-CARANYA


  1. Campurkan semua bahan dalam periuk kecuali cendol. Ingat ye, jangan masukkan cendol dalam periuk.
  2. Masak sampai pekat. kalau dah letup-letup tu dah ok dah tu. perlahankan api, masukkan cendol dan kacau rata.
  3. Sedia untuk dibungkus dengan daun pisang yang telah di layurkan. Takde daun pisang, boleh lah masukan dalam bekas kecik-kecik.
  4. Biarkan sejuk seketika. Nak masukkan dalam peti sejuk pun boleh. makan sejuk-sejuk pun sedap ^_^.
Selamat mencuba ye..

No comments:

Post a Comment