Resepi Roti Puri


Lamanya tak buat entri kat blog ni... dah banyak dah cuba resepi. tapi masa tak mengizinkan =.=

Bila bos pergi site, jadinya semua kerja pun ikut bos jugaklah.. hahaha... dapatlah update blog :P Jom layan resepi ni. mudah je.. Roti puri ni sedap makan dengan sambal ikan bilis... memang yummy ^_^

RESEPI ROTI PURI

BAHAN-BAHAN





  • 2 cawan tepung gandum*
  • 1 sdt yis kering brand mauripan*
  • 1 sdt gula*
  • 3 sdb minyak masak*
  • 1/ 2 sdt garam*
  • 3/4 cawan air panas mendidih

  • CARA MEMBUATNYA

    1. Satukan semua bahan yang bertanda *
    2. Gaul hingga berderai-derai.
    3. Masukkan air panas dan uli selama 3- 5minit.
    4. Bulat-bulatkan sebesar bola pingpong dan peram selama 30minit dalam bekas bertutup. Jangan besar-besar sangat ye.
    5. Panaskan minyak masak guna api sederhana perlahan, bila minyak dah panas, gelekkan doh tadi hingga nipis dan goreng satu-satu. Bila dah msukkan doh, curah-curahkan minyak pada roti puri hingga kembung.
    6. Boleh hidangkan, makan dengan sambal ikan bilis ^_^
    Tips: 
    1. Doh mesti gelek nipis-nipis, barulah doh boleh menggelembung bulat.
    2. Minyak mesti betul-betul panas dan jangan berenti curah-curah minyak selagi doh belum kembung sempurna.
    3. Kalau minyak dah panas sangat, boleh tutup api seketika, masukkan doh, curah-curah minyak, dah kembung baru hidupkan semula. Kalau terlebih panas, nanti doh kembung tak cantik.
    Selamat Mencuba ^_^
    Read more → Resepi Roti Puri