Resepi Pop Corn Homemade Mudah



POP..POP..POP!!
Punyelah teruja dengar bunyi pop pop tuh.. hahaha... lagi-lagi bila tutup kuali tu transparent. Nampaklah dia meletup-letup dalam kuali... teruja okey!! ^_^

So tak payah dah beli pop corn kat luar. Boleh buat sendiri dan makan sambil tengok TV tanpa berhenti mengunyah.. hahaha...

1 paket biji jagung tu boleh dapan berbalang-balang pop corn yang boleh di buat dengan bermacam-macam warna ye... Harga pun cuma RM3.45 je pun (ikut berat). Memang syok~~~

Jom layan resepi pop corn simple nih. Mudah je... 10 min je boleh siap ^_^.


RESEPI POP CORN HOMEMADE MUDAH
Sumber: Blog Mat Gebu


BAHAN-BAHAN
  • 1/3 cawan jagung popcorn
  • 1 camca besar mentega
  • 2 1/2 camca besar minyak masak


BAHAN KARAMEL
  • 1/3 cawan gula pasir
  • 1 camca besar air
  • 1 camca besar mentega


CARA MEMBUATNYA
  1. Panaskan minyak dalam periuk bersaiz besar. Saya pakai kuali yang ada tutup transparent. Macam kat dalam gambar. Masukkan mentega dan biar mentega cair, kacau rata. Letak sebiji jagung popcorn, bila jagung tu kembang, tu tanda dah ok. Masukkan kesemua jagung popcorn, kacau rata dan tutup periuk.
  2. Goncang perlahan dan nanti korang akan dengar bunyi jagung meletup-meletup dalam periuk. Pastikan keterujaan korang tak membuatkan korang bukak tudung periuk ye!!. Biar hingga senyap, bukak tudung periuk dan tuang popcorn dalam bekas lain. Ketepikan sekejap.
  3. Sediakan kuali, masukkan gula pasir dan air, masak dengan api kecil hingga gula mencair, kacau hingga sebati. Masukkan mentega dan kacau rata hingga karamel bertukar perang. Masukkan popcorn dan gaul hingga rata. Guna api kecil.
  4. Bila karamel dah bersalut pada keseluruhan popcorn, matikan api dan alih ke dalam loyang. Ratakan dan biar sejuk. Kemudian lerai-leraikan dan boleh simpan dalam bekas kedap udara. Bolehlah makan pada bila-bila masa korang suka.



Pop Corn saya warna biru! ^_^

Selamat Mencuba Ye......... ^_^


Read more → Resepi Pop Corn Homemade Mudah