Resepi spaghetti bolognese simple


Dah lama tak update blog. Tapi bukan bermakna dah lama tak masak ye ^_^. Cuma ter-busy sikit je. Gambar je duk terperap dalam handphone. huhi~~

Kali nih saya masak spaghetti plak. Ni bukan 1st cubaan tapi dah masak dua tiga kali jugaklah.... yang sebelum-sebelum ni tak sempat nak snap gambar sebab dah lapar sangat.. hahaha...

Jom layan resepi. Saya masak ikut apa ada kat dapur je. So rupa dia agak lain dari resepi yang di ambil. hehehe...


RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE SIMPLE

BAHAN-BAHAN (5-6 ORANG)

  • 1 paket spaghetti
  • sedikit minyak zaitun - Tambah untuk spaghetti nampak cantik.
  • 500 g daging cincang
  • 250 g tomato puri
  • 250 g sos tomato - Takde sos tomato, ganti sos cili hehe... jnji ado sos... sos lada hitam je jangan guna :P
  • 6 ulas bawang merah (dicincang halus)
  • 2 ulas bawang putih (dicincang halus)
  • 2 biji tomato (dihiris nipis)
  • 1/2 biji lobak merah (dipotong dadu) - Tak letak, sebab takde
  • 3-4 biji cendawan butang (dipotong dadu)  - Tak letak, sebab takde
  • 1 cawan air
  • 1 senduk susu segar - Takde jugak, ganti ngan susu tepung + air 1 senduk
  • 1 kiub stok daging lembu (optional)
  • Oregano atau Italian herbs - Guna oregano
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis
  • Bebola daging (meatball) - Tambah sendrik ^_^


CARA MEMBUATNYA

  1. Untuk spaghetthi, rebus dalam periuk besar, tambah sedikit garam dan minyak zaitun. Angkat bila spaghetti sudah lembut dan kemudian toskan.
  2. Untuk bebola daging, panggang dalam pemanggang ajaib. Mudah, tak perlu guna minyak.
  3. Untuk sos bolognese, tumis bawang besar dan bawang putih hingga layu.
  4. Kemudian masukkan daging cincang. Goreng hingga warna daging keperangan.
  5. Masukkan tomato, lobak merah dan cendawan butang (jika ada, sebab saya takde bahan nih... hehehe...). Goreng sehingga sayur lembut.
  6. Masukkan tomato puri, sos tomato (ganti dengan sos cili), air dan susu. Kacau hingga sekata.
  7. Masukkan oregano/Italian herbs dan stok daging lembu (optional).
  8. Kalau tak cukup masin, tambahkan garam.
  9. Biar sehingga mendidih kemudian masak dengan api yang perlahan sehingga kuah menjadi pekat.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Selamat Mencuba Ye......... ^_^


Read more → Resepi spaghetti bolognese simple