Resepi kuih cara berlauk memang sedap


Maaf... jangan betulkan screen anda... ini memang post resepi kuih cara berlauk... hahaha...

Dah kenapa pic kat atas tu macam lempeng?

hahaha.... panjang ceritanya... di pendekkan cerita... layan dulu resepi nanti baru story ye... =.="


RESEPI KUIH CARA BERLAUK
Sumber asal: Blog Mat Gebu

BAHAN UNTUK INTI

  • 100 gram daging ayam, cincang halus
  • 1/2 biji bawang besar, cincang halus
  • 2 ulas bawang putih, cincang halus
  • 2 hirisan halia, cincang halus
  • 3/4 camca besar rempah kari daging (Baba's)
  • 1 camca besar sos tomato
  • 1camca teh cili kisar
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/3 cawan air
  • 1 biji cili merah, buang biji, dadu kecil2
  • Hirisan daun bawang secukupnya


BAHAN KUIH CARA

  • 75 gram tepung gandum
  • 1 biji telur gred A
  • 165 ml santan - Santan takde, so ganti ngan susu tepung + air 165ml 
  • 2 camca besar mentega cair
  • Secubit garam
  • 1 - 2 titik pewarna makanan kuning - Malas letak pewarna, so ganti dengan 1/2 sudu besar tepung jagung


CARA MEMBUATNYA 

UNTUK INTI

  1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali (sama macam mat gebu jugak, guna non-stick pan), tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili kisar hingga harum, masukkan sos tomato dan rempah kari, kacau rata dan masak hingga rempah garing.
  2. Masuk daging ayam cincang dan kacau rata.
  3. Tuang air dan biar hingga kering.
  4. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula.
  5. Akhir sekali masukkan sebahagian cili merah yang didadu dan juga sebahagian hirisan daun bawang. Gaul rata, rasa dan jika ok, matikan api. Sejukkan..


UNTUK ADUNAN KUIH CARA

  1. Satukan semua bahan2 untuk kuih cara, kacau rata dengan whisk hingga tidak berbintil2.
  2. Kemudian tapis dan rehatkan sebentar.
  3. Boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar makanan, dan kisar hingga halus. Ketepikan.


UNTUK KUIH CARA BERLAUK

  1. Panaskan acuan kuih boulu bunga ceremai atas dapur gas, gunakan api paling kecil.
  2. Sapu setiap cetak dengan sedikit minyak makan.
  3. Masukkan adunan kuih cara dalam bekas bermuncung (guna jug plastik pun ok), tuang 3/4 penuh.
  4. Bila tepi kuih kelihatan pucat, masukkan 1/3 camca teh bahan inti di bahagian tengahnya, tabur juga sedikit cincangan cili merah dan hirisan daun bawang.
  5. Tutup permukaan acuan dengan tudung periuk. Biar 30 saat, buka dan bila permukaan kuih kering, boleh angkat. Buat kaedah sama dengan baki bahan-bahan.
  6. Hidangkan untuk minum petang...
Round 1 dapur carik acuan tak jumpa plak... takkan lah nak buang adunan.. jadik.. lempeng pon sedap.. raca macam kuih cara jugak.. haahha....

kaedah masak sama je... tuang dalam non-stick pan, agak2 bulat berdiameter 2inci, buh inti, then tutup kuali seketika. takleh lama-lama sangat kang hangit lempeng.. hehehe... 

Time makan tutup mata.. nikmatilah lempeng sambil dalam minda membayangkan kuih cara yang comel.. hahaha...

Selamat mencuba ^_^

Read more → Resepi kuih cara berlauk memang sedap

Resepi sweedish meatball ala ikea mudah


Disaat-saat termenung takde kerja kat office dalam keadaan sedang berpuasa tasu'a (9 Muharam 1435H).... tiba-tiba terlintas nak carik menu untuk berbuka.. hehe... daripada termenung je kan... ^_^.

Disebabkan la ni waktu azan cepat, abis waktu keje pun dah pukul 6, jadiknya kena cari resepi yang mudah dan cepat dimasak. Bahan utama yang teringat kat dalam kepala adalah MEATBALL. hihihi... Makanya jumpalah resepi ini >>> SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA <<< hasil menggoogle dan termasuklah ke dalam blog mamawandiha.blogspot.com. Nampak sedap je meatball dia.. yummyyy...

Nak ikut resepi betul-betul alamatnya kena menapak ke pasaraya.. ambik masa tuh. hehe.. makanya guna je apa yang ada kat dapur.. jom layan resepi... ^_^

RESEPI SWEEDISH MEATBALL ALA IKEA
Sumber: mamawandiha.blogspot.com


BAHAN UTAMA

  • Meatball secukupnya dan digoreng tanpa minyak dan api sederhana. pastikan selalu balik-balikkan. jangan sampai hangus. - Goreng dengan pemanggang ajaib. memang mudah! ^_^
  • Kentang goreng secukupnya. - takde kentang segera, so buat potato wedges. Resepi potato wedges kat >sini<
  • 1 sudu jem strawberry/blueberry/mixed fruit - takde jem jugak
  • Brokoli & tomato secukupnya - pun takde jugak ganti dengan vegetable mix yang telah direbus (kacang peas, jagung, carrot)



Ni adalah brand yang digunakan. Boleh dapatkan di gaint ^_^


BAHAN BAHAN SOS

  • 2 sudu mentega
  • 1 1/2 sudu tepung gandum
  • 1 biji bawang besar kuning - didadu kecil
  • 2 biji tomato sederhana besar - didadu kecil
  • 1 1/2 cwn air sejuk
  • 100 ml susu segar/susu cair - guna susu tepung + 100ml air
  • 3 sudu sos tomato - tak de sos tomato ganti sos cili.. janji halal =.='
  • 3 sudu sos tiram
  • 2 sudu kicap manis
  • 2 sudu sos lada hitam/serbuk lada hitam - guna serbuk lada hitam
  • 1 kiub pati ayam - guna 1/2 kiub je
  • 1 sudu gula - Lupa letak hehehe
  • 1 kiub pati daging - guna 1/2 kiub jugak


CARA MEMBUAT SOS

  1. Cairkan mentega guna api perlahan. Tumis bawang hingga bawang layu dan warna kecoklatan (Jangan sampai garing)
  2. Masukkan tepung gandum, kacau hingga berubah warna sedikit coklat. Kemudian masukkan tomato dan biar hingga tomato layu. - Serius lupa part nih... so masukkan tepung last sekali.. hehehe...
  3. Masukkan air sejuk, susu segar, sos tomato, sos tiram, kicap manis, sos lada hitam, kiub ayam, gula dan serbuk cukup rasa. Kacau rata dan biar sampai mendidih.
  4. Sentiasa kacau supaya tidak berketul. 
  5. Kacau sebati. Tutup api dan biarkan suam sekejap kemudian masukkan dalam mesin pengisar, kisar sampai halus dan bolehlah dihidangkan bersama meatball, kentang goreng, jem blueberry dan brokoli. Hidang dengan potato wedges dan vagetable mix pon sodap!! hihihi...

Mudah je kan nak buat ^_^ Selamat Mencuba ^_^

Read more → Resepi sweedish meatball ala ikea mudah