Resepi mee kari simple


Time awal-awal berpuasa, rasa teringin nak buat mee kari. Mujurlah office dekat jer dengan rumah. Balik kerja pukul 6 petang terus masuk dapur buat mee kari... heehe.. Dapat jugak makan mee kari buatan sendiri  untuk berbuka puasa walaupun cuma mee kari simple jerk... ^_^.

Resepi dapat dari periukbelangazarin.blogspot.com memang terbaik~~~ 

RESEPI MEE KARI
Untuk 2 - 4 orang

BAHAN KUAH   
> beberapa ketul ayam di potong kecil 
> 10 - 15 ekor udang, dibersihkan (tak letak udang)
> fish ball
> fish cake 
> 1 kotak santan di campur air sebanyak 1-2 cawan (ikut suka nak pekat mana ye!) 
> 1 paket kecil rempah kari daging/ayam baba’s  di campur sedikit air


BAHAN A
> 3 biji bawang merah, diblend 
> 2 ulas bawang putih, diblend 
> 1 batang kayu manis 
> 1 kuntum bunga lawang 
> 2 biji buah pelaga (tak letak jugak)
> 2 kuntum bunga cengkih
> 5 biji cili kering di blend bersama bawang putih dan bawang merah (nak pedas tambah cili kering lagi)
> 2 biji buah keras di tumbuk halus (tak letak jugak)


BAHAN LAIN
> 1 kg mee kuning, cuci, dan celur sekejap, toskan 
> Taugeh, dicelur sekejap 
> sawi di celur sekejap 
> taupok 
> Bawang goreng  
> Belahan limau kasturi


CARA CARA

1. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan A sehingga harum.

2. Kemudian masukkan bahan-bahan rempah kari dan tumis hingga terbit minyak, gunakan api perlahan.

3. Masukkan ayam, kacau rata dan biar kecut sekejap, masukkan udang dan kemudian masukkan santan biar hampir mendidih.

4. Masukkan fish cake dan fish ball.

5. Bila mendidih, masukkan garam dan rasa lah sedap ke tidak.


Bila nak makan nanti, tuangkan kuah ke atas mee yang telah di hias dengan taugeh, sawi, taupok dan bawang goreng. boleh perah limau kasturi kalau nak lagi sedap.. ^_^

Just sharing what I've experienced...

No comments:

Post a Comment