Resepi: Tart telur ( egg tarts )

TART TELUR ( EGG TARTS )

RESEPI TART TELUR (EGG TART)
Permintaan Luqman-collections

Bahan Pastri:

。100gm Butter*
。100gm Magerin*
。80gm Gula ising*
。60gm Telur ( telur gred A )
。400gm Tepung gandum ( Lebih sedap guna tepung red rose)

Cara-cara:

1. Campurkan kesemua bahan yang bertanda * dan pukul hingga kembang dan ringan.

2. Setelah kembang, masukkan telur dan pukul sederhana sahaja sehingga sebati.

3. Masukkan tepung dan gaul sehingga mnjadi doh.

4. Tekankan doh ke dalam acuan tart dan buangkan lebihan yang terkeluar dari acuan.

5. Cucuk ditengah-tengah dengan garfu supaya apabila dibakar, ia tidak mengelembung.

6. Bakar dalam suhu 150C selama 10 - 15 minit. ( Jangan kekuningan keemasan sangat sebab nak dibakar lagi.)

7. Keluarkan dari acuan. 


Bahan filling:

。240gm Telur
。80gm Gula castor
。150gm Susu segar
。80gm Air
。1/4 sudu teh Garam
。1/4 sudu teh Serbuk Vanila ( cecair pon boleh )
。10gm Tepung Custard


Cara-cara:

Campurkan semua bahan dan tuangkan kedalam pastri dan bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga filling masak dengan suhu 160C.


p/s: kepanasan suhu adalah mengikut kesesuaian oven masing2 yer... 

Just sharing what I've experienced...